KTM Bakal Perkenalkan Motosikal “Moto 2”


KTM telah mula tunjukkan video olok-olokan di media sosial mereka mengenai sebuah motosikal “Moto 2.” Model itu bakal dilancarkan pada 15 Julai ini. Motosikal ini berkemungkinan besar dibina bersama pasukan Kramer Motorcycles USA yang telah menghasilkan motosikal litar yang dipanggil Kramer GP2 890R seperti di dalam gambar-gambar ini. Di dalam video tersebut, kedengaran bunyi enjin 2-silinder jadi ia seharusnya merupakan enjin KTM 890 LC8.

Jikalau KTM mengikuti program Kramer, tangki minyaknya terletak di bahagian ekor, serta dilengkapi dengan suspensi WP, brek Brembo dan roda ringan jenama Dymag. Kerangkanya mengikuti KTM yang lain iaitu diperbuat daripada tiub keluli. Kuasa enjinnya dijangka sekitar 130 hp, tetapi dengan keberatan hanya 140 kg dalam keadaan kering.

Model baharu ini hanya akan diperbuat di dalam bentuk yang khusus bagi kegunaan di atas litar sahaja. Mungkin hanya 100 unit akan dihasilkan.