KTM 1290 Super Duke R, Keterampilan Kuasa Luar Biasa
KTM sentiasa bergerak dengan penampilan di luar jangkauan yang mampu mengejutkan peminat motosikal dengan kemunculan estetika perubahan yang paling ketara. Penggunaan bentuk lampu baru dengan reka bentuk yang berpecah di mana LED berjalan pada kedua-dua DRL. Kedengaran pelik, bukan? Roadstar kali ini memaparkan KTM 1290 Super Duke R dan setiap persoalan akan cuba dirungkai, dari topik ke topik.
Peralatan Canggih
Air Intake yang baru, bingkai trellis jelas terdedah bagi sebuah motosikal Naked. Bahagian ekor dipotong, semakin menyerlahkan lebih banyak kerangka subframe. Swingarms sisi tunggal kelihatan cukup cantik serta mendedahkan pemandangan terus kepada roda 17 inci Oren Die Cast di sebelahnya. Info terkini paparan warna TFT cluster yang berwarna, di mana semua maklumat boleh didapati hanya dengan menekan pada paparan skrin digital. Speedometer dan perjalanan 2 meter, Tachometer Analog, penunjuk minyak dan bateri merupakan sebahagian keistimewaan yang ada pada KTM 1290 Super Duke R yang menampilkan gaya baru.
Kuasa Dan Kemampuan Enjin
Adakah KTM 1290 Super Duke R ini berkuasa? Ya, soalan ini sering menjadi perbualan di kalangan pencinta dua roda. Hasil dari 10mm lebih singkat intake flange, ruang resonator baru dan dikitar semula serta kepala silinder yang direka untuk penghantaran kuasa lebih luas dan lancar walaupun pada RPM rendah. Meskipun ia sama seperti tahun 2014; 1,301cc dan enjin 75 darjah berkembar bentuk V. Enjin LC 8 dikemas kini mampu menghasilkan 8870 rpm dan 141Nm kemuncak Tork, bermaksud 2500rpm yang membolehkan enjin mencecah 100Nm. Ini jelas menunjukkan, ia model naked paling berkuasa yang pernah dikeluarkan oleh KTM. Injap masuk Titanium yang direka rata dengan lapisan Kromium Nitrida menjadikan nisbah mampatan telah dinaikkan kepada 13.6:1. Model ini menjadi topik perbualan di EURO IV. Kotak gear enam kelajuan yang dipadankan dengan PASC dikendalikan secara hidraulik Slipper Klac menghasilkan kelajuan dari 0-200km/j hanya dalam 7.2 saat sahaja. Di sini, pembaca boleh fikir kemampuan luar biasa KTM 1290 Super Duke R.
Pengendalian Dan Gaya Tunggangan
Beralih kepada topik pengendalian dan gaya tunggang. Topik yang menarik, kerana setiap motosikal berbeza gaya tunggangan dan kendalian. KTM dikenali di dunia kerana mampu memberi keseronokan berbeza kepada mereka yang gemar jalan-jalan berliku dengan pelbagai selekoh. Direka untuk merentasi jalan raya dan dalam litar pada kelajuan maksima, jurutera model ini telah mengubah pemegang hendal sedikit luas dan direndahkan serta menghala ke depan. Kedudukan ini nampak lebih agresif dan sporty.
Bermula dari LED lampu depan yang terpisah hingga ekor belakang serta rangka Ultra Trellis ringan, namun stabil serta memainkan peranan yang baik. Walaupun motosikal ditunggang secara agressif ketika laju mahupun mengambil selekoh yang cukup tajam. Jadi, tidak hairanlah mengapa model ini dipanggil The Beast. Terdapat tiga mod menunggang pada The Beast ini; Rain, Street dan ditambah dengan mod Supermoto yang berfungsi memotong Abs di belakang dan membolehkan ia mengunci dan meluncur (slide) roda belakang. Bukan itu sahaja, motosikal ini dilengkapi Quick Shifter bagi menaikkan dan menurunkan gear dengan cepat serta mengurangkan geseran dan kawalan tork bagi mengelakkan slip gear (MSR).
Kecanggihan The Beast terserlah dengan idealogi KTM My Ride di mana telefon dan media player disambungkan ke paparan digital meter melalui Bluetooth. Pakej tambahan (pakej trek) termasuk tetapan mod penunggang untuk pemetaan enjin (Engine Mapping), mengawal motosikal sewaktu wheelie, slip kawalan daya tarikan (Slip Traction Control). KTM telah menetapkan suspensi Sporty. Fork jenis terbalik WP USD 48mm dengan Peredam Steering di depan sementara Mono Shock di bahagian belakang dipasangkan untuk pengendalian yang lebih baik.
Sistem brek Bosch 9ME yang digabungkan dengan pelbagai tahap dan ABS serta 320mm cakera berkembar monoblock jenama Brembo caliper siap terpasang di roda depan dan belakang The Beast bagi menjaminkan keselamatan penunggang serta keyakinan ketika membrek.
Keputusan
KTM telah memposisikan keluaran mereka sebagai satu persaingan sengit dan tidak mudah dipandang rendah oleh pesaing dengan terhasilnya KTM 1290 Super Duke R. Satu petunjuk yang jelas dan satu penghormatan harus diberikan kepada Jurutera Pereka Jentera KTM dengan terhasilnya The Beast. Tiada penyesalan bagi mendampingi The Beast, namun kekesalan tidak memilikinya mungkin menghantui fikiran.
* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar 52