Konvoi Jaulah Merdeka Takmir Masjid Dan Surau 2.0 JHEAIPP

Memupuk Semangat Setiakawan Dan Mendekati Masjid Di Kalangan Bikers

Seramai 200 bikers menyertai Konvoi Jaulah Merdeka Takmir Masjid dan Surau 2.0 peringkat negeri Pulau Pinang yang diadakan dengan jayanya pada sabtu 22 Ogos lalu. Konvoi bermula seawal jam 7 pagi sehingga 5 petang itu berjaya mengumpulkan ramai peserta dari pelbagai usia termasuk model motosikal dari pelbagai jenama dan kapasiti.

Menariknya, Konvoi Jaulah Merdeka Takmir Masjid dan Surau 2.0 yang diadakan buat tahun kedua ini berjaya merapatkan lagi semangat ukhwah antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama dengan Jawatankuasa Masjid di seluruh daerah termasuk Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan yang terpilih dan turut serta dalam konvoi yang diadakan pada tahun ini.

7 Buah Masjid di 5 buah daerah di Pulau Pinang yang mengambil bahagian kali ini antaranya masjid yang turut terlibat adalah Masjid Albukhary, Persiaran Karpal Singh, Masjid Ar-Rahman Batu Feringghi, Masjid Maqbul Teluk Kumbaq, Masjid Nurul Iman Bukit Panchor Jawi, Masjid Sembilang Seberang Jaya, Masjid Permatang Sg Dua dan Masjid At-Taqwa, Bertam Kepala Batas.

Selain itu juga Konvoi Jaulah Merdeka Takmir Masjid dan Surau 2.0 sejauh 152 kilometer itu turut mendapat kerjasama dan sokongan yang kuat dari pihgak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Penyiaran Negeri Pulau Pinang RTM Pulau Pinang dan kelab motosikal Northern Versys Owner Group (NVOG) & Friends selaku Marshal bertugas mengendalikan konvoi kali ini.

Turut hadir bersama adalah Mufti Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim Wan Mohd Noor dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman dalam program mengimarakan masjid dan surau kali ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIPP, Khairul Azman Azizan selaku Pengerusi Konvoi Jaulah Merdeka Takmir Masjid dan Surau 2.0 dan bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAIPP, Mohd Hanif Omar dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Halal JHEAIPP, Faizal Ibrahim

Syukur Alhamdulillah, perjalanan konvoi berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir acara tanpa ada sebarang masalah yang berlaku selain seluruh peserta diberikan cenderahati, sijil dan jamuan makan yang disediakan di setiap laluan persinggahan dengan sambutan dari kariah masjid dan penduduk setempat yang meraikan konvoi Jaulah Merdeka 2.0 yang mematuhi SOP syarat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM).

Tahniah buat semua yang terlibat terutama team Marshall NVOG & Friends yang diketuai Presiden NVOG, Fazrul Shahril serta Lead Marshal, Zaini Maharup (Tuan Misai) dan semua barisan Marshal NVOG yang bertugas. Diharap program seperti ini dapat menerap nilai-nilai murni yang tinggi dimana program mengimarakan aktiviti masjid dan surau serta menanam modal insan bagi menyambut bulan kemerdekaan kali ke-63 pada tahun ini diaraikan dengan acara yang unik dengan norma baru.

Perkongsian : Fazrul Shahril (NVOG & Friends)