Sebelum itu, cuba perhatikan semula cara anda membeli tayar? Adakah kerana jenama yang mendorong anda untuk membeli tanpa mengetahui maklumat penting yang tertera di atas tayar?
Mungkin ada yang sudah tahu. Bagus. Bagaimana pula anda yang mungkin tidak ambil pusing tentang nombor atau kod yang ada pada tayar motosikal?
Jom, kita bongkar kod ‘rahsia’ dengan merujuk gambar yang disediakan.
Angka 80 pada tayar ini bermaksud kelebaran tayar yang berukuran 80mm.
Dinyatakan dalam nisbah peratus kepada lebar tayar. Seperti contoh gambar di atas, 90 bermaksud 90 peratus daripada lebar tayar.
Saiz rim yang sesuai dipadankan dengan tayar. Dinyatakan dalam ukuran inci – 14″
Kesesuaian tayar untuk menampung beban dan kelajuan yang tidak melebihi nilai tertentu. Berdasarkan maklumat di atas, tayar tersebut mampu menampung beban (40) hingga 140kg.
Kemampuan kelajuan maksimum pada keadaan optima. Seperti contoh gambar di atas, S dalam carta bermaksud kelajuan km/j untuk penunggangan kali pertama ialah 180km. Seterusnya, kelajuan maksima ialah pada 135km.
Baiklah, anda sudah pun mengetahui kod rahsia yang tertera di atas tayar motosikal. Bolehlah periksa dan lihat sendiri. Adakah ia sesuai untuk motosikal yang anda gunakan sekarang?