Kini Menggunakan Skrin TFT

MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah mengeluarkan edisi terkini, iaitu WMOTO RT3S dengan penambahbaikan dari segi penggunaan skrin TFT dan beberapa perubahan lagu. Perubahan ini menyaksikan jentera WMOTO RT3 yang semakin hangat dikalangan pengguna skuter maxi tanahair sejak Mac 2021 tampil dengan menggunakan skrin digital penuh.

WMoto RT3S versi terbaharu didatangkan dengan tiga warna pilihan; Union Red, Youth Grey & Justice Blue dengan harga permulaan sebanyak RM17,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Untuk info, instrumen pintar motosikal RT3S ini telah dilengkapi dengan tiga kesan User Interface (UI). Setiap kesan UI itu mempunyai mod cahaya dan mod malam yang terang. Malah, mod cahaya dan malam itu boleh ditukar mengikut keamatan cahaya persekitaran semasa.

Skuter RT3S juga dibekalkan dengan sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS), untuk membolehkan para penunggang untuk sentiasa peka tentang keadaan tekanan angin dalam tayar. Selain itu, skrin TFT ini akan memaparkan simbol spanar sebagai peringatan penyelenggaraan untuk pemilik apabila sudah masanya untuk skuter anda diselenggarakan.

Skuter versi terbaharu WMOTO RT3S ini masih mengekalkan spesifikasi teknikal dan teknologi yang sama dengan versi terdahulu, RT3 seperti kunci pintar ataupun Smart Key. Sistem kunci pintar ini mudah digunakan untuk menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket anda. Ianya lebih mudah dan selamat dengan teknologi pintar ini.

WMoto RT3S turut mengekalkan penggunaan sistem ABS jenama Bosch yang berkualiti tinggi pada brek hadapan dan belakang untuk meningkatkan keselamatan penunggang dan skuter ini turut diberi penarafan lima bintang menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP), yang mengiktiraf WMOTO RT3S sebagai motosikal paling
selamat yang dilengkapi dengan sistem brek yang efisen iaitu Anti-Lock Braking System
(ABS).

Spesifikasi Teknikal
Jenis Enjin: 4 Lejang, Silinder Tunggal, 4 Injap, DOHC
Gerek & Lejang (mm): 73 x 59
Sesaran (cc): 247
Sistem Penyejukan: Sejukan Cecair
Kuasa Maksimum: 23Hp pada 8,000rpm
Tork Maksimum: 22.5Nm pada 6,500rpm
Sistem Pemacuan: Pemacu Tali
Sistem Pelinciran: Pelincir daya
Sistem Bahan Api: Suntikan Bahan Api Elektronik
Pematuhan: Euro 4
Sistem Penghidup: Elektrik
Sistem Pencucuh: Transistor
Jenis Klac: Kering, Emparan Automatik
Transmisi: CVT
Suspensi Hadapan: Teleskopik
Suspensi Belakang: Penyerap Kejutan Berkembar
Brek Hadapan: Cakera dengan ABS, Bosch
Brek Belakang: Cakera dengan ABS, Bosch
Tayar Hadapan: 120/70-15
Tayar Belakang: 140/60-14
Panjang Keseluruhan (mm): 2,165
Lebar Keseluruhan (mm): 767
Tinggi Keseluruhan (mm): 1,395
Tinggi Tempat Duduk: 755
Jarak Roda (mm): 1,545
Kelegaan Tanah (mm): 155
Berat (kg): 194
Kapasiti Bahan Api (L): 17
Bateri: 12V10Ah (Bebas Penyelenggaraan)