Khusus Buat Mangsa Yang Terjejas Di Kawasan Lembah Klang

MForce melanjutkan lagi tempoh kempen perkhidmatan bantuan banjir sehingga 17 Februari 2022 bagi memberi peluang kepada mangsa banjir yang tidak berkesempatan menghantar motosikal mereka untuk diperbaiki.

Sebagaimana sedia maklum, MForce telah melancarkan kempen perkhidmatan bantuan banjir khusus buat mangsa yang terjejas terutamanya di kawasan Lembah Klang bermula dari 23 Disember 2021 sehingga 15 Januari 2022. Sehingga kini, MForce telah menerima dan membaiki lebih daripada 500 unit motosikal yang terjejas akibat banjir.

Dalam kempen ini, MForce menawarkan penukaran minyak enjin secara percuma dan pemeriksaan serta penyelengaraan tanpa bayaran kepada pemilik motosikal berjenama SYM, Benelli, WMoto, SM Sport, Keeway dan Brixton, yang mengalami kerosakkan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. Para pemilik juga akan diberi potongan harga sehingga 20 peratus ke alat ganti terpilih.

Pemilik motosikal keluaran MForce yang terjejas diminta untuk menghantar motosikal mereka ke MForce cawangan Segambut berserta surat sokongan untuk menikmati faedah ini.

Alamat: No. 15, Jalan Segambut Atas, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Nombor telefon: 04-545 2222
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, jam 8.30am – 5.30pm

MForce selain itu turut memiliki pelbagai model motosikal ekonomi dengan harga yang sangat kompetitif terutamanya bagi kelas 110cc hingga 125cc. Antaranya adalah SYM Sport Rider 125, SM Sport 110E, SM Sport 110R, Benelli VZ125i, WMoto ES125, WMoto VE-110 serta WMoto WM110. Semuanya berada di dalam kategori mampu milik, jimat minyak dan mudah diselenggara. Anda boleh dapatinya di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.