Ducati sedang memberikan bayangan bahawa mereka akan melancarkan sebuah model edisi khas yang memakai nombor “21.” Pelancaran ini akan berlangsung pada hari esok.
Hanya terdapat satu faktor yang menjadikan nombor tersebut suatu yang istimewa di dalam sejarah Ducati, iaitu kejayaan Troy Bayliss di dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK). Beliau yang berasal daripada Australia itu telah menjadi juara WorldSBK sebanyak tiga kali dengan menunggang jentera Ducati pada tahun 2001, 2006 dan 2008. Bayliss juga pernah menduduki tempat kedua, keempat dan keenam ketika menjadi pelumba untuk Ducati.
Selain daripada itu, Bayliss juga pernah menunggang untuk pasukan Ducati di dalam kejuaraan MotoGP pada tahun 2003 hingga 2005. Beliau menduduki tempat keenam secara keseluruhannya pada tahun 2003. Dia juga pernah memenangi satu perlumbaan di Valencia pada tahun 2006.
Ducati pernah melancarkan beberapa model Bayliss sebelum ini. Yang terakhir adalah pada ketika perayaan World Ducati Week tahun 2018. Ia kemudiannya dilelong bagi dana kebajikkan dan telah meraih harga hampir USD 100,000 (RM 423,140).
Oleh yang demikian, model yang akan dilancarkan esok berkemungkinan besar merupakan model edisi khas Panigale Bayliss V4 juga. Persoalannya sekarang adalah samada ia sebuah model yang menggunakan komponen-komponen yang hanya dipertingkatkan sedikit ataupun sebuah model dengan komponen-komponen yang dikhususkan serta eksklusif.
Kita tunggu dan lihat esok.