Kawasaki Ninja 400, Prestasi Tahap Legenda

Kawasaki Ninja 400, Prestasi Tahap Legenda

Ketika model Ninja 250R diperkenalkan pada tahun 2008, ia merupakan satu-satunya model seumpamanya yang menawarkan gaya Ninja kelas tersendiri dengan pakej yang menyeronokkan dan mesra pengguna. Ini dibuktikan dengan cetusan aura yang berlaku di seluruh dunia membabitkan sama ada penunggang baru mahupun yang sudah berpengalaman.

Sepuluh tahun sejak ia dilancarkan, jumlah saingan bagi jentera dengan fairing penuh meningkat secara mendadak, sekali gus menjadikan segmen motosikal ini paling banyak diketengahkan di pasaran seluruh dunia. Kerana itu, Kawasaki dengan bangga memperkenalkan model jentera sport terbaharu mereka Ninja 400 SE ABS ke arena yang sangat kompetitif ketika ini. Ninja 400 SE ABS mempunyai bingkai teralis yang serupa dengan reka bentuknya persis menyamai model Ninja H2. Analisis ketegaran dinamik yang digunakan Kawasaki nyata berbaloi justeru ia membantu memastikan ketegaran optimum dengan berat yang boleh dikategorikan agak ringan.

Cakera brek depan dengan diameter besar dengan ukuran 310 mm (ukuran cakera yang sama yang digunakan pada Ninja ZX- 14R), dipadankan dengan cakera depan semi-terapung Ninja 400 SE ABS menawarkan daya berhenti yang menyakinkan. Model ABS menampilkan unit ABS terbaharu dari Nissin. Kedudukan menunggangnya agak santai dan lebih sporty dan ini dapat dilihat dari sudut reka bentuk segitiga penunggang yang mampu menampung pelbagai ukuran dan situasi menunggang penunggang.

Berbanding dengan beberapa model lain (kedudukan menunggang yang agak melampau menjejaskan keselesaan), kedudukan bar pemegang yang tinggi dan kedudukan kaki yang sedikit ke depan, meletakkan jentera ini dalam kedudukan terbaik selain turut menawarkan keselesaan ketika dikendalikan.

Sementara ketinggian tempat duduk adalah 785 mm, manakala dibahagian tengah ia direka dengan bentuk ramping ke tempat duduk pembonceng (30 mm lebih sempit) dan bagi penulis, jentera ini sesuai untuk seorang penunggang sahaja. Dari segi penggayaan, model Ninja telah direka dengan muncung yang agak tajam. Selain rekaan yang segar dan menarik, prestasi enjin Ninja 400 SE ABS juga turut dipertingkatkan dengan hamburan yang jauh lebih baik selain casis serba baru yang lebih kuat dan lebih ringan.

Seperti model Ninja 300 sebelum ini, aspek yang paling utama dalam memperkenalkan model Ninja baharu ini adalah prestasi yang jauh lebih baik dari model sebelumnya. Apa yang jelas, Ninja 400 SE ABS masih menggunakan formula yang sama dalam menghasilkan kejayaan seperti mana ketika penampilan pertama model Ninja 250R dan penggantinya sebelum ini.

Bukan sahaja rekaan yang agak ranggi dan berkualiti tinggi, prestasi enjin Ninja 400 SE ABS juga nyata lebih kuat, agak ringan (kurang 8kg dari model Ninja 300), pengendalian yang mudah dan kedudukan menunggang yang agak sporty serta santai menjadikan Ninja 400 SE ABS model yang mudah dikendalikan. Kesemua aspek ini termasuk kemampuan dan keseronokan menunggang kepada pelbagai lapisan pelanggan, menjadikan motosikal Ninja 400 SE ABS serba baharu sebagai jentera kesukaan ramai.

Disediakan Oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd
No.12, Jalan Jurunilai U1/20,
Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
No Tel : 03 – 5566 5688
Facebook : https://www.facebook.com/kawasakimotorsmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/kawasakimsia/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCdtfsBfF6YeuHnZB_BLKndw
Web : https://www.kawasaki.com.my/home/