Kalau Rambut Mahkota Wanita, Helmet Pula Mahkota Penunggang Motosikal!

Boleh cuci helmet dengan air? Itu bukan soalan luar biasa sebab ia sering ditanya khususnya dari golongan yang baru berjinak-jinak dengan dunia dua roda. Ya, sudah tentu helmet boleh dicuci dengan air. Bukan sahaja air, malah banyak produk yang dijual khusus untuk membersih dan menjaga keadaan helmet agar kekal bersih dan sentiasa selesa dipakai.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, helmet adalah kelengkapan keselamatan paling penting untuk penunggang motosikal. Ada yang mampu membeli helmet berharga berpuluh ribu dan ada juga yang sekadar selamat digunakan. Namun, bukan itu yang mahu dibincangkan sebaliknya, kita mahu berbicara tentang penjagaan helmet. Tidak cukup sekadar simpan di atas rak atau peti tapi baunya… busuk dan hapak. Eh, jangan tak percaya. Memang ada penunggang motosikal yang sanggup sarung kepala dengan helmet yang baunya hanya dia seorang sahaja yang sanggup hidu!

Apa Yang Diperlukan Untuk Mencuci Helmet?
– Air suam (bukan panas sampai boleh melecur atau sejuk beku)
– kain
– berus gigi (yang lembut) tak pun pengorek telinga (kapas)
– bahan pencuci / syampu (jangan guna peluntur/pencuci beralkohol)

Sudah ada semua yang diperlukan untuk mencuci helmet? Jadi, beralih pula kepada langkah-langkah mencuci.
1. Tanggalkan Semua Aksesori
Jika anda ada memasang kamera seperti GoPro atau gajet komunikasi bluetooth, tanggalkan terlebih dahulu.
2. Tanggalkan Pelapik
Kebanyakan helmet didatangkan dengan pelapik dalaman yang boleh ditanggalkan.
3. Sedia Untuk Dicuci
– Tidak perlu siram tapi sembur dengan air rangka luar helmet dengan air suam dan bahan pencuci. Sekiranya habuk dah setebal satu inci atau penuh dengan lumpur, basahkan kain dengan air suam dan lap sekeliling helmet.
– Begitu juga dengan bahagian visor, basahkan kain dengan air suam dan bahan pencuci sebelum lap untuk hilangkan kotoran.
4. Cuci Pelapik
Pelapik menyerap segala peluh, rambut berminyak dan apa juga yang ada pada kepala anda.
– Celup pelapik dalam air suam, cuci dan hilangkan kotoran yang ada. Ulang sehingga hilang bau (jika ada).
– Pastikan air suam (basuhan) tadi ditukar sehingga semua kotoran benar-benar hilang.
– Tunggu sehingga benar-benar kering
5. Bersihkan Bahagian Luar Helmet
– Basahkan kain dengan air suam yang sudah bercampur dengan bahan pencuci. Jangan guna air basuhan yang sama / sisa kotoran tadi)
– Bersihkan bahagian permukaan di luar sehingga bersih.
– Mesti ada yang bertanya, apa gunanya berus gigi atau pengorek telinga kapas tadi? Sekiranya ada sudut-sudut yang sukar dicapai atau tak boleh dibersihkan dengan sempurna oleh kain tadi, gunakan berus atau pengorek telinga kapas tadi.

6. Cuci Visor
– Helmet yang ada visor perlu dibersihkan supaya tidak menghalang pemandangan anda ketika menunggang motor. Kalau boleh, gunakan sabun cecair untuk menghilangkan kotoran tapi pastikan tidak menggosok dengan kasar nanti bercalar. Beringatlah, visor itu lebih mahal dari tenaga anda menyental kotoran.
Sometimes dirt or some inset gets trapped inside the vent. So you can try to clean them using ear buds or simply blowing air from inside of helmet.
Do not use more water for cleaning EPS. You will damage it. This area rarely, if ever gets dirty so don’t worry too much.
7. Bersihkan Lubang-Lubang Pada Helmet
– Di sini terperangkap kotoran yang tidak kelihatan, gunakan berus gigi atau pengorek telinga kapas untuk menghilangkan kotoran yang ada.
8 – Pasang Semula Helmet
– Bila helmet sudah kering, pasang semula semua bahagian yang ditanggalkan awal tadi. Kini, helmet anda bukan sahaja bersih, malah berbau harum dan selesa untuk dipakai. Orang lain nak pinjam pun tak fikir banyak kali.