Lebih istimewa, anda juga berpeluang melihat model motosikal yang telah mencipta kejayaan dengan meraih dua kemenangan (double victory) dalam kelas WorldSSP di pusingan Portugal Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) pada 28 hingga 29 Mac 2026, yang merupakan sebahagian daripada FIM Supersport World Championship.
Ketika sesi berkunjung ke kilang MForce di Pulau Pinang tempoh hari, rakan media turut berpeluang melihat secara dekat dan menguji dua model yang bakal mencipta sensasi di Malaysia. Antaranya model ZXMOTO 500F dan ZXMOTO 500RR merupakan sebahagian dari barisan model yang dibawa masuk oleh MForce penghujung tahun ini.
ZXMOTO 500RR merupakan model supersport empat silinder sebaris 470cc. Ia terkenal dengan jentera berprestasi tinggi dengan kelajuan 84 horsepower dan berat sekitar 168kg–180kg. ZXMOTO 500RR juga merupakan model yang mencatat kelajuan tertinggi 235-246 km/j, 0–100 km/j dalam kira-kira 3.4–4.2 saat dan ia terkenal dengan gaya ergonomic persis jentera perlumbaan dan pelbagai ciri-ciri premium.
Sementara, model ZXMOTO 500F merupakan jentera dengan penampilan gaya retro. Ia dilengkapi enjin yang sama dengan ZXMOTO 500RR dengan padanan enjin 4 silinder, 73 horsepower dan 48 newton meter tork. Selain gaya retro persis model jenama Jepun sebelum ini, ZXMOTO 500F memperlihatkan kelainan yang terdapat pada model mereka. Antara yang menarik adalah pada bahagian tangka minyak yang besar sekitar 15.5liter.
Sekali pun ia jentera retro, ZXMOTO 500F tidak kurang hebat dengan ciri-ciri moden seperti sistem ABS, traction control, meter digital LCD gabungan meter analog dan yang paling penting adalah sistem pencahayaan pada lampu LED di bahagian depan dan juga belakang.
Semua peminat ZXMOTO di Malaysia bukan sahaja bakal berpeluang untuk menyaksikan beberapa model terkini yang akan dipamerkan malah turut merasai pengalaman berharga secara langsung senarai model-model berprestasi tinggi dari jenama motosikal China itu.
Selain itu, pengunjung yang hadir ke Malaysia Bike Show juga berpeluang untuk bertemu secara langsung dengan pengasas ZXMOTO, Zhang Xue, yang dijangka akan hadir memeriahkan acara tersebut.
Difahamkan, kedua-dua model ini akan dipertontonkan kepada pengunjung di MForce MotoXperience bertempat Hall A, MAEPS Serdang bermula pada 29 Mei hingga 1 Jun depan.