HI-REV ModePerisai, Diadun Khas Untuk Jentera 150cc

HI-REV ModePerisai, Diadun Khas Untuk Jentera 150cc

Minyak pelincir Hi-Rev sememangnya diakui dan sudah terbukti dalam saingan motosikal dan terkini teknologi Formula Penstabilan Haba – Hi-Rev memperlihatkan prestasi cemerlang sama ada di atas litar lumba mahupun berkuasa di atas jalan raya.

Terbaharu, Hi-Rev memperkenalkan minyak pelincir yang direka dan dirumus khas untuk jentera berkapasiti 150cc dengan tiga pilihan minyak enjin bermula dari model pelbagai guna hingga ke minyak pelincir sintetik sepenuhnya. Dikenali dengan nama formulasi ModePerisai, tiga model minyak pelincir Hi-Rev ini memiliki keistimewaan dengan ketiga-tiganya mampu memberi perlindungan berpanjangan untuk enjin jentera pemilik secara maksima.

Untuk rekod, formulasi ModePerisai yang lasak dan serba guna mampu mengurangkan penggeseran dalam enjin secara ketara. Secara tidak langsung, ia juga turut melindungi gegelang omboh dan dinding selinder. Formulasi ModePerasai juga menghasilkan tindak balas kimia antara aditif pelincir terkini dan permukaan metalik bagi mengurangkan kehausan enjin dan menstabilkan kelikatan minyak disamping mampu meningkatkan ketahanan enjin anda.

Terdapat tiga model pilihan iaitu bermula model premium hingga minyak biasa (multigrade). Model premium F150 (sintetik sepenuhnya) dengan label warna biru mempunyai kelikatan SAE 15W-50 adalah produk paling teratas diikuti model S150 (label kuning) sintetik pertengahan juga mempunyai kelikatan yang sama.

Sementara Multigrade (label hijau) mempunyai kelikatan SAE 20W-50 adalah model paling asas dan digunakan bagi mereka yang sering menggunakan pengangkutan dua roda ini sebagai kegunaan harian. Ketiga-tiga model terbabit turut menggunakan formula USA Additive Technology dan mendapat pengikitirafan API SN dan JASO MA2.

Untuk rekod, Hi-Rev telah saban kali membawa kemenangan untuk para pelumba. Baik di gelanggang lumba yang serba sukar di Malaysia mahupun di atas trek yang paling mencabar, prestasi Hi-Rev terus unggul dan berada di depan.

Disediakan Oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
POSIM Petroleum Marketing Sdn. Bhd.
Wisma POSIM, Lot 72, Persiaran Jubli Perak,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-5102 2999
Emel : marketing@posim.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/hirevjunction/
Web : http://www.hi-rev.com.my