Pengedar rasmi jenama Vespa Malaysia, Didi Resources Sdn. Bhd. (Didi Resources) melancarkan dua model baharu Vespa di Malaysia, Vespa Primavera S Special Edition 150 dan Vespa Sprint S 150. Anda boleh memiliki Vespa Primavera S Special Edition 150 bermula pada harga RM18,300 dan Vespa Sprint S 150 pula RM16,900 seunit.
Model Primavera S Special Edition 150 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu oren (Orange Tramonto) dan kelabu (Grey Stille). Manakala Sprint S 150 yang lebih trendy menampilkan tiga pilihan warna iaitu kuning (Yellow Sole), hitam (Black Opaco) serta putih (White Innocenza).
Primavera S Special Edition 150 lebih menyerlah dengan tempat duduk berwarna hitam bersama jahitan berwarna jingga. Dilengkapi rim aloi aluminium bersaiz 12 inci dengan reka bentuk lima jejari, ia menawarkan kestabilan dan cengkaman lebih baik di atas apa jua keadaan jalan raya. Model-terbaharu terbaharu itu turut dipasang dengan lampu utama LED depan dan belakang, lampu nyalaan siang, immobilizer serta sistem brek ABS saluran tunggal.
Kelebihan lain yang ditawarkan kepada penggemar skuter itu termasuklah slot pengecasan USB binaan dalam bagi memudahkan penunggang mengecas peranti mereka. Vespa Sprint S 150 pula menampilkan kelainan dari segi rekaan lampu bersegi yang menyerlahkan lagi identiti sporty dan urban. Pembaharuan tempat duduk juga nampak lebih elegan dan selesa.
Sprint S 150 masih mengekalkan signatur tersendiri seperti penutup hon berwarna merah, pelekat sporty pada badan, serta spring hadapan yang diberikan warna merah.
Kedua-dua model tersebut menggunakan khidmat enjin 150 cc i-Get silinder tunggal empat lejang. Enjin dengan sistem dengan sistem penyejukan udara itu mampu menghasilkan kuasa 12.7hp dan tork 12.8 Nm. Ia kemudian diganding bersama transmisi automatik.
Promosi bulan Jun yang berlangsung sehingga akhir bulan ini menawarkan aksesori percuma bernilai RM700 menerusi program eksklusif di Lazada. Pelanggan yang membuat tempahan akan menerima sehelai t-shirt, alas lantai, rak hadapan serta rak belakang.
Promosi ini sah sehingga 30 Jun 2020 menerusi kedai rasmi Vespa Malaysia di aplikasi Lazada atau pautan www.lazada.com.my/shop/vespa-malaysia.
Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my
Insta : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
FB : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ