Siapa yang tidak mahu menunggang motosikal pada kelajuan tinggi? Malah, ia sesuatu yang paling mudah dilakukan. Sekurang-kurangnya, pada kelajuan yang masih lagi boleh diterima akal. Sebaliknya, menunggang pada kelajuan yang sangat perlahan atau “merangkak” sangat sukar terutamanya kepada penunggang yang tidak berpengalaman. Tak percaya?
Tanpa pengalaman dan kemahiran yang cukup, cara memegang bar pun jadi kucar-kacir dan kaki pula tergantung keluar. Pernah tengok keadaan begini?
Sebagaimana yang dikatakan awal tadi, bukan senang hendak menunggang motor dalam kelajuan rendah atau perlahan terutamanya bila dipenuhi muatan. Roda motosikal memberikan desakan gyroscopic untuk memastikan kekal bergerak secara lurus. Semakin pantas berputas, desakan menjadi semakin kuat dan menjadikan motor lebih stabil. Begitu juga keadaan sebaliknya.
Persoalannya, kenapa penunggang pengalaman tiada masalah dan melakukannya dengan mudah?
Pernah dengar, pengalaman itu adalah guru terbaik? Jadi, ada 6 tips yang boleh dijadikan rujukan untuk penunggang yang kurang berpengalaman setiap kali berhadapan dengan situasi serupa.
1. Kekalkan Kaki Di Atas
Membiarkan kaki ke bawah dan tergantung hanya membuatkan keadaan menjadi tidak stabil. Kaki yang tergantung akan berayun-ayun dan tidak seiring dengan motosikal. Jika kaki dibiarkan kekal di tempat letak kaki, ia membolehkan anda mengawal tuil brek di bahagian belakang.
2. Kelancaran Input Pendikit
Kekalkan kelancaran input sentiasa dalam keadaan lancar. Elakkan menghidupkan dan mematikan pendikit seperti suis lampu. Cara terbaik adalah membiarkan ia dihidupkan, memberikan tork yang diperlukan bagi memastikan ia terus bergerak.
3. Klac
Tarik klac untuk mengelakkan enjin motor dimatikan tetapi ia juga memberi manfaat. Cari titik yang menghubungkan di antara tork enjin dengan roda belakang. Anda mungkin perlu membuka pendikit sedikit agar memastikan enjin tidak dimatikan.
4. Guna Brek Belakang
Tidak kiralah samada anda penunggang yang yakin dengan brek belakang atau sebaliknya tetapi ia adalah masa sesuai untuk menggunakannya. Dengan memerah brek hadapan pada kelajuan rendah menyebabkan brek mendadak dan fork menjunam sekaligus membuatkan anda tumbang. Bagaimanapun, mengetuk atau menyeret brek belakang sementara pendikit terbuka, memberikan brek yang lebih sempurna. Dengan berbuat begini serta bertinggung di belakang motor, juga boleh menjadikan motor lebih stabil. Teknik ini juga berkesan digunakan ketika pusingan U yang menggerunkan!
5. Lihat Ke Mana Hala Tuju
Motosikal akan pergi, ke arah mana anda lihat tetapi naluri untuk kekal selamat seorang manusia sentiasa ingin melihat ke bawah setiap kali menunggang pada kelajuan perlahan. Ini mengingatkan tentang nasihat dari Chris Birch, “Pandang atas untuk ke atas, pandang bawah untuk ke bawah.” Jadi, sentiasa pandang ke hadapan bukan ke bawah.
6. Berlatih
Kita sentiasa diingatkan untuk berlatih menunggang laju tetapi jarang berlatih menunggang perlahan. Anda boleh berlatih sendiri, pada bila-bila masa. Samada pergi ke tempat kerja atau pulang dari pejabat dengan trafik yang sesak. Atau lebih mudah lagi, cari lot parking yang kosong. Berlatih di tempat yang selamat!