Sebelum mengeluarkan hujah, ini hanyalah sebuah konsep dan ia tidak berfungsi seperti motosikal biasa. Diinspirasikan dari Vintage Board Track Racing dan Drag Racing, gabungan dua industri dengan pelbagai ciri yang menarik. Pada peringkat awal proses menggabungkan minatnya terhadap dunia perlumbaan vintaj dan juga motosikal drag, Valen Zhou yang merupakan seorang jurugambar dan pengarah motosikal dari Milan.
Bermula dari sebuah lakaran yang kemudiannya, didatangi beberapa cabaran lain. Zhou melakarkan setiap perincian termasuk keseluruhan pakej ini menggunakan tangannya sendiri dari kerangka besi, bar custom-built dan macam-macam lagi. Beliau ‘membina’ sendiri suspensi menggunakan tangan seperti sedang bermain Lego. Itu yang dikatakan beliau dipetik dari BikeEXIF.
Secara keseluruhannya, ia dibina berpandukan imaginasinya semata-mata dan beranggapan tiada masalah besar akan dihadapi. Tidak, beliau bukan bercakap tentang ergonomik, apatah lagi apabila melihat posisi tempat duduknya yang benar-benar kelihatan vintaj. Selesa atau tidak? Kena cuba sendiri!
Bagi pemberhentiannya, motor konsep ini menggunakan brek MX di bahagian belakang (tiada bahagin depan), berfungsi dengan sepasang separuh saiz gantian kereta yang unik di bahagian belakang. Roda bahagian hadapan dipakaikan dengan hub Honda CG125, sepasang penutup roda basikal Aero dan juga rim motosikal lebih generik. Kelebihan lain termasuk pendikit binaan kustom yang menggunakan gear dan juga tuil reverse. Persoalannya, berapakah kelajuan atau kepantasan motor konsep ini?
Zhou memilih untuk menempatkan tangki bahan api dalam botol aluminium, diletakkan di belakang kerangka tempat duduk tiub dalam ‘sangkar’ basikal. Dikuasakan oleh 246cc dari Kawasaki KZ250, unit yang menampilkan tork di bawah 20Nm. Lagipun, Zhou tidak berniat untuk menjadikan ia sebagai sebuah motosikal pecut. Sangat ironi memandangkan namanya, Sprinter!
Sumber : BikeEXIF, Instagram