Baru-baru ini, pengeluar aksesori terkemuka GIVI telah memperkenalkan 8 koleksi helmet M35.0 Scudo dalam sebuah majlis yang diadakan di pusat peranginan Genting Highlands sebentar tadi. GIVI M35.0 Scudo dijual pada tag harga bermula dari RM365.00.
GIVI M35.0 Scudo merupakan antara jenis jet helmet pertama di Malaysia yang menerima piawaian homoglasi keselamatan terkini iaitu ECE R22.06. Bagi makluman, ECE R22.06 merupakan kod standard piawaian homologasi lebih ketat untuk topi keledar yang diiktiraf di Eropah dan turut digunakan di seluruh dunia.
Tampil dengan 8 warna dengan corak grafik yang segar seperti Solid Ice White, Solid Grey, Graphic Dranco Black Red, Graphic Dranco Yellow Blue, Graphic Kraken Neon Yellow, Graphic Torch Black Blue, Graphic Ventura Grey Yellow dan Graphic Ventura White.