PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) secara rasmi melancarkan inovasi terbaharu dalam rangkaian penjagaan motosikal mereka, PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40. Minyak enjin sintetik penuh premium ini direka khas untuk memenuhi tuntutan penunggang skuter moden yang mementingkan prestasi terbaik dan perlindungan maksimum.
PETRONAS Sprinta Skuter Extreme hadir dengan Teknologi UltraFlex™ yang digabungkan dengan Formulasi +Ester bagi memberikan kestabilan ricihan yang unggul dan kelancaran tunggangan segera. Dengan formula terbabit, ia dilihat mampu mengatasi masalah yang sering dihadapi enjin skuter tatkala berada tengah-tengah kesesakan trafik bandar dan suhu operasi yang tinggi malah enjin skuter sering kali terdedah kepada tekanan melampau.
Ciri-Ciri Utama & Kelebihan:
• Teknologi +Ester: Memberikan lapisan perlindungan magnetik yang mengurangkan geseran secara drastik, memastikan pecutan yang lebih responsif dan perlindungan komponen enjin daripada haus (wear and tear).
• Gred Kelikatan 5W-40: Memastikan aliran minyak yang pantas semasa mula menghidupkan enjin (cold start) dan mengekalkan kecekapan pelinciran pada suhu tinggi yang ekstrem.
• Kestabilan UltraFlex™: Melindungi enjin daripada deposit dan penebalan minyak, sekali gus memanjangkan jangka hayat enjin walaupun dalam kondisi tunggangan “mula-henti” (start-stop) yang agresif.
• Standard Global: Memenuhi dan melebihi piawaian industri tertinggi, memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik skuter berkuasa tinggi (Maxi-scooter) mahupun skuter harian.
“Di Petronas Sprinta, kami memahami bahawa penunggang skuter hari ini bukan sekadar mahukan pengangkutan, tetapi mahukan pengalaman tunggangan yang lancar dan berkuasa.
“Dengan formula PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester, kami membawakan teknologi terbaik perlindungan enjin, pengurangan haba dan ini memberi keyakinan serta ketenangan di dalam setiap perjalanan” ujar Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif PLMM.