Ada masanya, tiada apa yang lebih menarik selain projek kustom yang dapat mengubah penampilan keseluruhan motosikal berbanding model asalnya. Sebagai contoh, dari sebuah sportster scrambler menjadi monkey chopper dan ini benar-benar satu cabaran untuk penggiat modifikasi motosikal (motosikal kustom) mempamerkan kemahiran dan bakat masing-masing.
Sebagaimana yang dapat dilihat dalam perkongsian hari ini, hasil Massimo Rinchiuso dari Fuchs Workshop dan motosikal Moto Guzzi 1000 SP cafe racer yang memperlihatkan sudut kesenian dan juga kerja tangannya. Terletak di Ravenna, Itali, Fuchs Workshop dikenali dengan jenama Mandello Del Lario Brand.
Semuanya bermula apabila Rinchiuso berhenti mengambil kerja-kerja dari pelanggan untuk memberikan tumpuan terhadap projek khasnya, beliau memilih Moto Guzzi 1000 SP grand tourer tahun 1979. Namun, dia berhadapan dengan satu masalah besar. Keadaan motor terpakai itu memang tidak begitu baik ketika dibelinya.
Menurut Rinchiuso, beliau beranggapakan kemungkinan pemilik sebelum ini ada membuat percubaan untuk melakukan restorasi. Tidak mematahkan semangat, beliau tetap meneruskan dengan projek istimewanya. Pertama sekali, beliau membuat casis kustom untuk menggantung V-twin transverse lebih tinggi dalam kerangka.
Pakej kompak ini turut membenarkan Rinchiuso menajamkan sudut headtube dan mengambil bahagian hadapan Yamaha R6. Seterusnya, beliau menggunakan lengan ayun kustom tetapi memadankannya dengan unit suspensi aluminium dari Öhlins shocks. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan roda lima jejari dengan kaliper Brembo untuk menyempurnakan casis tadi.
Rinchiuso mengeluarkan badan 1000 SP yang kembang dan menggantikannya dengan tin buatannya sendiri diperbuat daripada aluminium. Unit tempat duduk, fairing dan juga tangki bahan api dikekalkan agar tampil seperti cafe race.
Belum selesai lagi, Rinchiuso merombak V-twin penyejuk udara dengan flywheel yang lebih ringan, camshaft dan crankshaft baru. Selain itu, karburetor Dell’ Orto PHM digunakan untuk mengekalkan bahan api. Sementara ekzos SC-Project membesarkan lagi bunyi latar V-twin yang ikonik.
Motosikal ini dinamakan sebagai Enzo sempena nama atuk Rinchiuso, Moto Guzzi 1000 SP cafe race ini bukan sahaja kembali ke pengeluar asalnya Itali tetapi juga membuktikan Fuchs Workshop mempunyai masa depan yang cerah!
Sumber : Rideapart