Bukan sekali tetapi berkali-kali kita diingatkan untuk memeriksa motosikal supaya berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan. Malah, Jabatan Pengangkutan Jalan turut menyenaraikan senarai semakan perkara asas ke dalam ujian lesen memandu.
Apa pentingnya memeriksa keadaan motosikal sebelum menunggang motor? Jika anda menjadikan ia sebagai tabiat atau kebiasaan untuk memeriksa dahulu keadaan motosikal sebelum memulakan perjalanan, masalah atau kemungkinan untuk menghadapi masalah akan dapat dikesan sekaligus mengelakkan dari berhadapan dengan masalah atau apa-apa kejadian yang tidak diingini. Lagipun, lagi mudah untuk mengesan masalah ketika motor berada dalam keadaan 0km/j daripada mengesannya ketika memecut pada kelajuan 100km/j.
Berita baiknya, anda tidak perlu menjadi seorang yang sangat berpengetahuan secara mekanikal untuk melakukan pemeriksaan motor ini sendiri. Masalah selalunya muncul bila keadaan luar dari kebiasaan timbul. Bagaimana untuk kita tahu perkara luar dari kebiasaan ini? Rajin-rajinlah memeriksa dan memantau keadaan motosikal anda!
1. Tayar
Jelas sekali, tayar adalah bahagian perantaraan antara motosikal dan jalan. Kerosakan tayar akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku ketika anda sedang menunggang.
Pertama sekali, mulakan dengan memeriksa tekanan angin dalam tayar. Perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah, melihat tekanan yang direkomen oleh pengeluar motosikal anda. Lihat pada tag yang ada pada lengan ayun atau panduan manual.
Seterusnya, periksa keadaan tayar. Tengok sama ada calar atau kebocoran di dinding tayar atau karkas. Lihat juga pada bunga tayar dan pastikan tayar masih lagi baik untuk digunakan dan bukan dalam keadaan yang haus.
2. Cecair
Mula dengan minyak enjin. Angkat motor agar kedua-dua tayar berada dalam keadaan tegak, depan dan belakang. Jangan periksa aras minyak ketika motor dalam keadaan menyenget. Kemudian, lihat warna minyak. Sekiranya berwarna coklat atau perang, ia masih lagi elok untuk digunakan. Namun, jika warnanya sudah bertukar hitam pekat atau lebih teruk lagi seperti kelabu berkeladak, bermaksud anda perlu menukarnya.
Sekiranya anda menggunakan penyejuk cecair, periksa dan tambah jika perlu. Warna cecair penyejuk ini pula seharusnya sama dengan warna asal kerana ini menandakan sistem penyejuk motor anda berada dalam keadaan yang baik. Putih bermaksud penyejuk perlu digantikan. Jika warna seakan teh susu, anda perlu lakukan overhaul dengan segera kerana penyejuk telah bercampur dengan minyak enjin.
Jangan lupa air brek. Warna kuning keemasan masih boleh digunakan, sebaliknya jika perang ia masa untuk dibersihkan.
3. Rantai
Rantai atau tali adalah perkara terakhir membantu memacu motor untuk bergerak. Jika ia berada dalam keadaan yang teruk akan menyebabkan pembakaran bahan api tambahan.
Periksa jumlah yang tepat, lazimnya seinci pergerakan ke atas dan ke bawah di tengah-tengah bahagian bawah di antara sproket depan dan belakang. Periksa tekanan beberapa kali, gerakkan roda depan (atau tunggang motor ke depan) sedikit. Sekiranya ketat, bermakna rantai anda perlu digantikan. Bahagian yang ketat itu juga boleh menyebabkan rantai mengetat atau longgar setiap kali sproket berpusing.
Letak pelincir pada rantai yang kering (selalunya setiap 500km). Jika ada karat, bersihkan rantai dan sapu dengan pelincir.
4. Lampu
Lebih baik diperiksa keadaan lampu sebelum memulakan perjalanan daripada menyedari ia bermasalah ketika anda sedang berada di atas jalan raya.
Periksa kedua-dua lampu tinggi dan lampu rendah. Pantau juga keadaan lampu belakang. Pusingkan brek beberapa kali untuk memastikan ia berfungsi. Kemudian, nyalakan lampu isyarat dan pastikan ia berada dalam keadaan baik.
5. Brek
Lazimnya, kita sentiasa cerewet dan sangat berhati-hati tentang soal brek tetapi akhirnya, tiada penjagaan yang sebaik-baiknya. Lebih teruk lagi, kita abaikan sahaja.
Periksa ketebalan pad brek di kaliper. Ganti sekiranya plat sudah berada terlalu hampir dengan cakera.
Cakera (disc) tak seharusnya diletakkan terlalu dalam. Ia juga perlu ada ketebalan minimum tertentu agar berfungsi dengan baik. Kalau semua spesifikasi tadi tidak ada, sudah tiba masa untuk gantikan.
Seterusnya, perika aras cecair brek dan warnanya. Tukar bila warnanya berubah menjadi oren gelap atau paling teruk, bila warnaya sudah perang. Cecair brek perlu ditukar setiap dua tahun sekali, Brake fluid needs to be replaced every two years, tanpa mengira jarak perjalanan.