Edisi Terbaharu Bakal Dilancarkan Pada Mac Ini

Pengeluar motosikal dari Itali sedia untuk merancakkan tahun 2021 dengan mengumumkan edisi karbon untuk Bimota Tesi H2 pada bulan Mac ini. Ya, ia bukan model berbeza dari model yang sudah pun berada dilancarkan. Hanya perubahan dari penampilan warna sahaja, warna hitam yang menawan.

Selain dari warna hitamnya yang menawan, Bimota Tesi H2 Carbon ini juga eksklusif. Hanya beberapa unit sahaja akan dikeluarkan dan dari jumlah itu, hanya beberapa unit sahaja akan dilepaskan ke pasaran luar. Jadi, kepada peminat pengeluar motor lagenda dari Itali ini, tentu tidak mahu ketinggalan untuk memiliki satu untuk simpanan peribadi.

Sumber : VisorDown