Dilengkapi Pelbagai Komponen Dari Ohlins, Brembo Dan Akrapovic

Motosikal Ducati 1199 Superleggera yang sangat terhad dan hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit. Apabila bilangannya agak terhad, maka ramai peminat tegar Ducati yang ingin memilikinya. Apatah lagi dengan jentera yang dilengkapi teknologi terkini dan jarang-jarang ditemui sekarang seperti yang dilihat ini.

Di sebalik rangka aloi magnesium, Duc menempatkan sumber kuasa Superquadro L-twin dengan 8-injap desmodromic dan sesaran gargantuan 1198cc, penyejukan cecair, menguasakan sehingga 200hp dan tork tidak kurang dari 99 lb-ft (134 Nm). Kuasa dialirkan ke bahagian roda belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dan rantai final drive.

Dari sudut prestasi, kelajuan tertinggi Ducati ini adalah pada 186 mph (299 kph). Tugas suspensi diserahkan kepada komponen dari Ohlins termasuk fork terbalik 43mm dan penyerap hentak mono TTX 36. Bagi sistem brek, cakera brek pula dipasangkan bersama dengan kaliper monoblock M50 Brembo. Di bahagian belakang, kuasa pemberhentian datang dari rotor tunggal 245 mm dan kaliper piston berkembar.

Berat yang dicatatkan semasa dalam keadaan kering adalah sekitar 155kg dan ia menepati setiap ciri Superleggera sebagai sebuah superbike yang sensasi. Apa yang menarik tentang Ducati keluaran tahun 2014 ini? Ia sedang dijual secara atas talian dan odometer mencatatkan ia hanya pernah ditunggang kurang dari 700km.

Kalau anda berpeluang untuk buat bidaan, berapa duit sanggup dikeluarkan?

Sumber : Autoevolution