Dilengkapi ABS 2 Channel, Ditawarkan Pada Harga RM12,499

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda CBR150R baharu – sebuah motosikal sport berprestasi tinggi dengan gaya perlumbaan dan dilengkapi ciri-ciri berteknologi tinggi. Prestasi dan pengendalian menonjolkan kehebatan sebuah motosikal dengan gaya sporti yang sejati.

Model CBR150R memadankan prestasinya dengan ciri-ciri yang canggih dengan menampilkan aura reka bentuk seakan motosikal berkuasa tinggi yang memberi tanggapan agresif pada pandangan pertama. Dibangunkan dengan konsep siri CBR “Total Control”, model CBR150R ini menawarkan rekabentuk motosikal yang lebih ringan dan agresif, berteknologi tinggi, trend terkini, dengan kawalan lengkap yang sesuai dengan keinginan para penunggang.

Motosikal ini dilengkapi dengan enjin DOHC jenis penyejuk cecair 150cc, mampu memberikan kuasa maksimum 12.0 kW @ 9,000rpm dan tork maksimum 13.7Nm @ 7,000 rpm. Digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan, CBR150R memberikan prestasi terbaik di kelasnya. CBR150R dilengkapi dengan “Anti-Lock Braking System” 2 Saluran (ABS) yang memberikan keselesaan dan keyakinan membrek kepada penunggang.

Selain itu, Klac Assist & Slipper meningkatkan sensasi perjalanan yang menyeronokkan dengan mengelakkan gelinciran tayar belakang yang disebabkan oleh brek enjin semasa penurunan yang ekstrem dan penunggang dapat mengalami operasi klac yang lebih lancar.

Reka bentuk yang mengekalkan bentuk badan yang agresif membangkitkan perasaan seperti sebuah motosikal berkapasiti tinggi. Ia diperkuatkan lagi dengan sistem lampu LED penuh dan dwi-lampu LED hadapan yang agresif diperoleh dari DNA CBR250RR.

Suspensi depan terbalik bersama dengan posisi menunggang ‘racy’ ke depan dan fairing penuh menyerlahkan gaya perlumbaannya. Selain itu, sistem suspensi ini menjadikan pengendalian lebih lincah dan memberikan kestabilan menunggang terutama ketika menunggang pada kelajuan yang lebih tinggi.

Ciri-ciri lain yang turut dilengkapi adalah seperti brek cakera beralun yang menekankan penampilan sporti, Speedometer Digital penuh yang memaparkan maklumat kepada penunggang dan sistem Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), yang secara automatik mengaktifkan lampu bahaya apabila brek dikendalikan untuk memberi amaran kepada persekitaran dan mengelakkan kemalangan yang mungkin akan berlaku.

Pilihan warna Honda CBR150R adalah Mat Charcoal Gray Metallic, Candy Scintillate Red ditawarkan pada tag harga RM 12,499

 

CIRI-CIRI CBR150R ABS
Enjin DOCH, 150cc & 6-Kelajuan dengan DNA CBR “Total Control”

Model terbaharu Honda ini dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2-channel dan Klac Assist & Slipper untuk pengalaman menunggang yang terkawal dan selesa. Suspensi depan terbalik, lampu LED penuh, lampu LED, dwi-lampu LED dan speedometer digital penuh untuk kegayaan.

Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 149.2cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI), berkuasa 16hp @ 9,000rpm dan tork 13.7Nm @ 7,000rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.

Menggunakan sistem lampu LED sepenuhnya pada bahagian depan dan belakang. Lampu belakang juga dilengkapi ciri Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS). Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) Showa di depan dan monoshock Prolink dengan swingarm di belakang.

Panel meter berbentuk bar memanjang jenis digital penuh memaparkan maklumat tunggangan spidometer, takometer, indikator gear, paras baki minyak petrol, jam, jarak tunggangan serta set lampu amaran pada bawah skrin meter.

Model ini menggunakan rim dengan jejaran 17 inci dengan tayar bersaiz 100/80 (di bahagian depan) dan saiz 130/70 pada tayar di bahagian belakang manakala pelana tempat duduk pada ketinggian 788mm. CBR150R ini menggunakan tangki bahan api sebesar 12 liter manakala berat keseluruhan jentera dianggarkan 139kg.