Dikemaskini Dengan Teknologi Terkini Dan Pilihan Warna Yang Lebih Menarik

Yamaha telah mengumumkan beberapa kemaskini untuk skuter pertama elektrik yang eksklusif untuk pasaran Jepun, E-Vino. Skuter ini berdasarkan skuter Vino yang kecil yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Jepun kerana harga yang mampu milik, gaya yang comel dan mudah digunakan. Bagi model tahun 2023, E-Vino menawarkan lebih utiliti dan beberapa pilihan warna baharu.

Sekiranya anda bernasib baik untuk mengunjungi atau bermastautin di Jepun kelak, mungkin skuter ini pengangkutan yang paling sesuai. Tambah pula, Yamaha telah menambahkan kapasiti bateri untuk skuter ini. Kini, ia dilengkapi dengan bateri 12.2Ah dan mampu pergi lebih jauh walaupun taklah sejauh mana.

Jika model sebelum ini boleh mencecah sejauh 29km pada sekali pengecasan, versi yang telah dikemaskini ini dikatakan boleh mencapai sehingga 32km yang secara tidak langsung membuktikan ia bukan digunakan melebihi kawasan bandar.

Dilengkapi dengan motor AC synchronous dengan output kuasa maksima 1.2 kW dan tork sekitar 7.8 Nm atau 5.5 ft-lbs. Lebih-lebih lagi, ia sebuah skuter ringan seberat 68 kilograms. Menurut Yamaha, ia mengambil masa pengecasan selama 3 jam, E-Vino ini didatangkan dengan tayar berukuran 10-inci depan dan belakang.

Selain kemaskini pek bateri, E-Vino juga didatangkan dalam pilihan warna baharu yang digambarkan Yamaha sebagai “EV-like’ dan menurut penerbitan permotoran Jepun sebagai Young Machine. Warna cyan dan putih membuatkan ia tampil bersih dan reflektif kepada sifar pembakaran. Yamaha juga menawarkan E-Vino dalam warna putih dan hitam, memberikan penampilan skuter elektrik retro.

Sumber : Rideapart