Kecemerlangan HI-REV sebagai minyak pelincir motosikal tidak dapat disangkal lagi dan ia terbukti dengan prestasi pelbagai siri yang pernah dikeluarkannya sebelum ini. Bukan sahaja lincah di atas jalanraya, malah kekal berkuasa di atas jalanraya. Selepas berjaya dengan formulasi penstabilan haba menerusi MODE PERISAI yang direka dan dirumus khas untuk jentera berkapasiti 150cc, kini HI-REV kembali dengan siri produk terbaru minyak pelincir motosikal HI-REV 4T 150CC.
HI-REV siri 4T 150cc ini direka khas untuk model motosikal 4 lejang seperti Yamaha Y15ZR, Honda RS150 dan setaraf dengannya yang juga dilengkapi formulasi MODE PERISAI untuk perlindungan enjin maksima. Formulasi MODE PERISAI yang tahan lasak dapat mengurangkan geseran dengan ketara; melindungi gegelang omboh serta dinding silider. MODE PERISAI yang terhasil daripada tindak balas antara formulasi aditif pelincir terkini dan permukaan metalik, dapat mengurangkan kehausan enjin dan menstabilkan kelikatan minyak serta meningkatkan perlindungan enjin.
Siri terbaharu ini memiliki keistimewaan yang mampu meningkatkan prestasi tunggangan terutama sekali yang melibatkan jarak jauh, kelikatan stabil yang mengawal haba dan ini menjadikan tunggangan menjadi jauh lebih lancar. Siri ini juga diyakini mampu memberi perlindungan berpanjangan untuk enjin jentera pemilik secara maksima.
HI-REV Siri 4T 150CC ini menawarkan 5 gred minyak pelincir seperti berikut:
Fully Synthetic API SN / JASO MA2 10W-50
Fully Synthetic API SN / JASO MA2 15W-50
Semi Synthetic API SN / JASO MA2 10W-40
Semi Synthetic API SN / JASO MA2 15W-50
Multigrade API SN / JASO MA 20W-50
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
POSIM Petroleum Marketing Sdn. Bhd.
Wisma POSIM, Lot 72, Persiaran Jubli Perak,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-5102 2999
Emel : marketing@posim.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/hirevjunction/
Web : http://www.hi-rev.com.my