Juara dunia Moto3TM, David Alonso kini ‘mendunia’ RCB – penyedia utama alat ganti dan aksesori motosikal berprestasi tinggi di Malaysia apabila mengumumkan pelumba Sepanyol itu sebagai duta jenama terbaru mereka.
Alonso, salah seorang pelumba muda yang berpotensi tinggi dalam Moto2TM, telah mencipta impak besar pada tahun 2023 apabila beliau menyertai Kejuaraan Dunia sebagai pelumba sepenuh masa bersama pasukan GASGAS Aspar dan meraih lapan kali podium termasuk empat kemenangan.
Prestasi cemerlang ini meletakkannya di dalam 3 terbaik keseluruhan Moto3TM dan menandakan permulaan musim 2024 yang lebih berjaya. Kejayaannya yang luar biasa dengan meraih 14 kemenangan, termasuk gelaran juara di GP Jepun, menjadikannya Juara Dunia Moto3TM 2024 lebih awal daripada jangkaan.
Marcus Leong, Pengarah Pemasaran Kumpulan MKA, menyatakan kegembiraannya mengenai penyertaan Alonso dalam keluarga RCB, dengan menekankan bahawa dedikasi Alonso terhadap perlumbaan dan semangatnya untuk kecemerlangan sangat selari dengan nilai teras jenama ini.
Beliau juga menambah bahawa kerjasama ini bukan sahaja bertujuan untuk memperluaskan kehadiran global RCB, tetapi juga untuk memperkukuhkan hubungan dengan komuniti sukan permotoran tempatan, serta berhubung dengan peminat dan pelumba yang berkongsi minat mendalam terhadap sukan ini.
“Saya berasa bangga untuk mewakili RCB, sebuah jenama yang mempunyai hubungan yang kuat dengan sukan permotoran dan mempunyai pengaruh yang mendalam dalam komuniti perlumbaan tempatan.
Saya amat teruja untuk berhubung dengan peminat, berkongsi perjalanan saya, dan mempromosikan produk berprestasi tinggi yang meningkatkan pengalaman sukan permotoran,” komen Alonso mengungkapkan kegembiraannya untuk bekerjasama dengan RCB.
Selain Alonso, RCB juga menyokong bakat tempatan seperti Hakim Danish dan Qabil Irfan dari ZK Racing, yang telah menunjukkan potensi besar dalam dunias ukan permotoran. Kejayaan mereka mencerminkan peluang yang semakin berkembang dalam komuniti perlumbaan tempatan dan menjadi inspirasi kepada generasi pelumba muda yang akan datang.
Kerjasama RCB dengan David Alonso menandakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan kehadiran globalnya dan komitmennya terhadap inovasi, prestasi, dan ketepatan dalam industri sukan permotoran.