Pusingan MotoGP di Austria akan menyaksikan dua “otai” yang akan turun padang. Seorangnya ialah Dani Pedrosa serta Cal Crutchlow.
Dani Pedrosa merupakan penunggang ujian bagi pasukan MotoGP KTM sekarang. Motosikal yang dibangunkan oleh pengeluar itu melalui input Pedrosa telah menunjukkan belang sejak musim tahun lepas apabila mereka memenangi pusing MotoGP mereka untuk julung-julung kalinya.
Penyertaan Pedrosa diharapkan akan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas lagi mengenai jentera KTM RC16 yang digunakan di dalam siri perlumbaan. Beliau hendaklah melalui segala sesi seperti FP1, FP2, FP3, FP4, Q1 (atau terus ke Q2) dan seterusnya ke perlumbaan sebenar sebagai seorang penunggang “wildcard.” Program ini sudah dirancang untuk musim 2020 tetapi wabak Covid-19 telah memendekkan musim tersebut dan program wildcard telah dibatalkan.
Di sebelah pit Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PYSRT) pula, Franco Morbidelli masih berada di dalam proses baikpulih dan tidak dapat mengambil bahagian sehinggalah di pusingan Misano di hujung bulan Ogos. Oleh yang demikian, PYSRT harap akan dapat menggunakan khidmat penunggang ujian mereka iaitu Cal Crutchlow.
Crutchlow tidak asing kepada jentera Yamaha YZR-M1 kerana beliau pernah berada di dalam pasukan Tech 3 Yamaha beberapa tahun lepas sebelum berhijrah ke Ducati dan seterusnya ke Honda sebelum bersara. Bagaimanapun, beliau terpaksa menunggang motosikal Yamaha YZR-M1 tahun 2019 yang ditunggang oleh Morbidelli.
Sumber : KTM/Polarity Photo