Norton telah menandatangani persetujuan dengan Zongshen untuk berkongsi hak ke atas pengeluaran jenama 650cc berkembar bersama OEM China pada tahun 2017. Hasil perjanjian ini dapat dilihat menerusi Pameran Perdagangan Motosikal Antarabangsa China Ke-17 di mana Zongshen telah memperkenalkan prototaip Cyclone RX6. Kini, ia bersedia untuk berada di atas jalan raya setelah model dari jenama China ini didedahkan ketika Shanghai Motor Show 2021.
Sebagaimana yang dijangkakan, motosikal 650cc ini menguasakan 70hp dan tork 45.7 lb-ft yang jauh lebih rendah berbanding 84hp dihasilkan Norton sekaligus meletakkan Cyclone sebaris Yamaha Tracer 700 dan Kawasaki Versys 650. Cyclone RX6 ini menampilkan sistem brek Nissin, suspensi Kayaba, ABS Bosch dan tayar Pirelli.
Selain itu, Zongshen akan melengkapkan platform ini dengan dua kemasan. Bagi varian touring dilengkapi sport cast rim dan suspensi touring-oriented. Manakala untuk model lasak pula dilengkapi dengan rim jejari dan suspensi ekstra. Ia juga dilengkapi dengan kelengkapan elektronik. Antaranya windscreen boleh laras, pencucuhan tanpa kunci dan dash TFT berwarna penuh dengan ketersambungan Bluetooth.
Tangki bahan api 5.5 gelen memastikan Cyclone RX6 ini terus berada di atas litar atau jalan lasak selama berjam-jam. Motor ini juga dilengkapi dengan sistem beg pelana yang sesuai untuk pengembaraan jauh. Namun begitu, Zongshen masih belum mendedahkan harga Cyclone RX6 ini. Apa yang pasti, ia menyasarkan pasaran Asia.
Sumber : Rideapart.com