Motosikal CFMoto 250SR telah dilancarkan di Malaysia sejak dua tahun lalu. Model tersebut mempunyai rekabentuk yang agresif serta membawa sekali ciri-ciri menarik seperti ABS, skrin TFT pelbagai fungsi, serta lampu LED, klac jenis slipper, fork terbalik, dan sebagainya. Ia juga dijual pada harga yang menarik yang sememangnya mampu dimilikki oleh ramai.
Kini, terdapat gambar-gambar daripada negara China yang menunjukkan model ini dengan warna perlumbaan. Kombinasi warna oren serta biru metalik itu menyerlahkan lagi bentuk motosikal itu. Selain daripada itu, terdapat juga sticker-sticker logo-logo jenama yang terkenal seperti F.C.C., KYB, Total, D.I.D, Continental dan sebagainya.
Adakah motosikal ini menggunakan komponen-komponen daripada jenama-jenama tersebut? Jika ya, model ini sudah tentu menjadi sebuah motosikal yang penuh dengan ciri spesifikasi tinggi.
Enjin CFMoto 250SR ini merupakan jenis satu silinder dengan penyejukan cecair serta suntikan bahanapi. Ia menghasilkan 27.5 hp dalam bentuk yang standard.
Mungkinkah versi ini akan dibawa ke Malaysia juga?