Ada sesiapa yang minat musik di sini? Khususnya bermain gitar elektrik? Jika ya, anda semestinya kenal jenama Marshall. BMW Motorrad pula mengumumkan Kerjasama mereka dengan pembuat alatan musik lagenda tersebut.
Walaupun Marshall lebih terkenal dengan “amplifier” guitar, mereka telah memperkenalkan produk-produk audio yang lain seperti pembesar suara dengan fungsi Bluetooth serta set telinga yang premium.
BMW Motorrad pula sedang membangunkan varian jenis “bagger” bagi model R 18. Varian bagger merupakan motosikal jenis jalan jarak jauh atau lebih dikenali sebagai “tourer.” Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan besar yang motosikal ini akan dilengkapi sistem audio dengan pembesar suara Marshall. Pembesar suara di dalam model-model K 1600 serta R 1250 RT pula menggunakan pembesar suara Harmann Kardon sebelum ini.
Apapun, kita belum tahu rancangan sebenar bagi kedua-dua jenama ini, samada berupa pembesar suara untuk motosikal mahupun barangan audio yang lain yang menggunakan jenama BMW serta Marshall.
Sama-sama kita tunggu pengumumannya pada 29hb. Julai nanti.