“Apa yang anda fikirkan, jika dua model motosikal antara Afrika Twin dan PCX150 digabungkan? Kami tidak pasti, tetapi tahu yang sudah tentu sesuatu yang menyeronokkan!” ujar Chris Cox seorang Pengurus Pemasaran Senior/Perhubungan Awam Honda di Amerika Syarikat.
“Serius, Honda mempunyai rekod kejayaan yang cukup luar biasa dengan mengetengahkan model skuter dan motosikal kecil yang menyeronokkan berbanding pengeluar lain dan ADV150 seakan merupakan tradisi yang diteruskan.”
Ini bukan jenaka yang sering dimainkan oleh kenalan ketika hari pertama bulan April. Malah skuter ADV150 memang benar akan hadir ke Amerika Syarikat sebagai model skuter terbaharu menjelang tahun 2021. Gabungan sebuah motosikal dan skuter pengembaraan, ADV150 telah mencapai kejayaan di pasaran luar negara. Malah, para penunggang motosikal di negara Uncle Sam itu kini bakal memiliki sebuah skuter kecil dan menyeronokkan.
Jentera Honda ini digambarkan sebagai jentera kecil ‘pengembaraan dalam bandar’ yang mampu membuatkan pasaran motosikal meletus fenomena baharu di negara itu. Skuter sensasi dari Honda sememangnya tidak asing dan dianggap sebuah jentera yang cukup hangat dan semakin popular. Di rantau Asia Tenggara jentera yang diadaptasi dari jentera X-ADV bersesaran 750cc ke kuasa yang lebih kecil 150cc telah berjaya menarik perhatian ramai.
Tidak hairanlah, kemunculan Honda ADV150 sentiasa didambakan peminat khususnya di Malaysia. Berbeza dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, skuter ADV150 masih belum memasuki pasaran tempatan sehingga berita ini ditulis. Berikutan permintaan yang tinggi dan pasaran terhangat dikalangan pengguna motosikal skuter bersaiz kecil di Asia Tenggara khususnya Honda ADV150 skuter akan datang ke benua Amerika pada bulan Jun tahun hadapan.
Walaupun ianya mempunyai kaitan yang rapat atas nama yang sama iaitu ADV, Honda ADV150 bagi versi 2021 merupakan pengangkutan bijak. Honda menggambarkan jentera ini sebagai skuter pengembaraan dalam bandar dan masuk akal. Kombinasi roda 14-/13-inci sebenarnya tidak akan berfungsi dengan baik, sekalipun corak tayar buatan Indonesia mempunyai persamaan dengan corak bunga tayar gaya pengembaraan.
Skuter berkapasiti 150cc itu secara asasnya diilhamkan menerusi idea X-ADV 750, super-skuter dengan konsep serupa yang berupaya meredah laluan off-road. Honda juga mengakui bahawa model Afrika Twin yang banyak memberi inspirasi selain platform asal PCX150 ini. Skuter ini masih menggunakan janakuasa PCX150 Honda. Kebolehpercayaan sejukan cecair, bahan api yang disuntik SOHC 149cc telah ditubuhkan dengan baik. Honda memadankan jentera ini dengan enjin satu silinder yang dipacu talisawat transmisi CVT automatik sepenuhnya.
Untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api (tujuh peratus pada dasarnya), Honda ADV150 versi 2021 dilengkapi dengan Sistem Hentian Idling (Idling Stop System). Sistem ini akan menghentikan enjin motosikal apabila anda berhenti selama tiga saat. Dengan kecekapan starter penjana AC yang agak mudah, anda hanya memulas pendikit minyak untuk menghidupkan semula enjin.
Model ini dilengkapi dengan brek cakera depan dengan sistem pemberhentian ABS, namun tidak bagi penggunaan brek di bahagian belakang. Sekali lagi, ini bukan perkara luar biasa bagi skuter Honda bersaiz sebegini. Penggantungan tidak laras jenis Showa dipadankan di bahagian belakang. Terdapat ruang sekitar lima inci pada setiap hujung sistem penggantungan tersebut dan ia memberi kelebihan bagi mereka yang membuat perjalanan panjang.
Bersesuaian dengan tema pengembaraan dalam bandar, gegaran belakang dapat dikurangkan dengan sistem penggantungan jenis Twin Showa. Di bahagian depan, garpu showa berukuran 31mm membekalkan ketinggian 5.1 inci ke atas tayar bersaiz 110 / 80-14. Sementara, tayar berukuran 13 inci dipasang di bahagian belakang. Sama seperti reka bentuk abangnya X-ADV 750, model ADV150 turut mempunyai kebuk penyimpanan di bawah tempat duduk yang membolehkan pemilik menyimpan topi keledar bersaiz penuh berserta ruang kosong yang lain.
Ruang dengan dua tingkatan berbeza tahan dengan pelbagai cuaca mempunyai kapasiti 27 liter. Terdapat juga ruang kecil di bahagian fairing berukuran dua liter dengan port pengecasan telefon pintar dua USB. Kebanyakan penunggang menyifatkan jentera Honda ADV 150 ini membuka peluang untuk mereka menerokai tunggangan hujung minggu dan “membelah kesibukan jalan raya” untuk berulang alik ke tempat kerja dengan santai.
Penyediaan cermin di bahagian hadapan boleh laras dengan mempunyai dua posisi dan ia boleh diubah semula tanpa seliaan alat kawalan. Ciri-ciri adjustable windscreen ini merupakan yang pertama kali digunakan ke atas skuter 150cc. Cermin hadapan ini boleh dilaras pada dua posisi.
Lazimnya hanya terdapat pada skuter atau motosikal adventure yang lebih besar, ia berperanan untuk memberikan fleksibiliti perspektif untuk penunggang dan pembonceng. Posisi rendah membuat sudut pandangan lebih baik, sementara bagi posisi tinggi, ia memberikan perlindungan terhadap arus angin dan sesuai untuk perjalanan jauh.
Rata-rata berharap wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia akan segera berakhir sekali gus membolehkan jentera Honda ADV150 2021 berada di pasaran tahun hadapan. Harga bagi seunit Honda ADV150 yang akan dipasarkan di Amerika Syarikat sekitar $4299 (RM18,660) sebuah dan hanya terdapat satu warna sahaja iaitu Matte Black Mettalic.
Spesifikasi Honda ADV150 2021
Enjin
Jenis: Selinder Tunggal
Sesaran: 149cc
Bore x Lejang: 57.3 x 57.9mm
Nisbah Mampatan: 10.6:1
Valve: SOHC, 2 valves
Jenis Bahan Api: EFI w/ 26mm throttle body
Transmisi: Automatik sepenuhnya CVT
Casis
Tayar: Federal FT 297
Tayar Depan: 110/80 x 14
Tayar Belakang: 130/70 x 13
Brek Depan: 240mm disc w/ Nissin kaliper
Brek Belakang: 130mm drum
ABS: Tayar hadapan sahaja
Dimensi dan Kapasiti
Wheelbase: 52.1 inches
Trail: 3.4 inches
Tinggi Tempat Duduk: 31.3 inci
Kapasiti Minyak: 2.1 gallons
Berat: 294 pounds
Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin