Bakal Didedahkan Tidak Lama Lagi, Adakah Ia CE-04

Baru-baru ini BMW Motorrad telah mengumumkan untuk mendedahkan sebuah motosikal baru yang dijadualkan pada 7 Julai ini. Sebelum ini, BMW Motorrad telah menunjukkan beberapa motosikal elektrik konsep.

Pada tahun 2019, motosikal konsep Vision DC Roadster telah didedahkan mempunyai ciri-ciri konsep futuristik. Ia kekal sebagai sebuah motosikal konsep sehinggalah tahun lepas, ada perkembangan yang ia bakal dikeluarkan.

BMW juga mendedahkan skuter elektrik futuristik konsep yang dikenali sebagai CE-04. Pada awalnya, banyak pihak merasakan ia sekadar projek suka-suka dari BMW sehinggalah melihat versi yang telah siap dan menjalani sesi ujian.

Kini, BMW Motorrad telah mengumumkan sebuah kenderaan baru bakal dilancarkan pada 7 Julai ini dan yakin ia adalah skuter elektrik CE-04. Betul atau tidak, sama-sama kita nantikannya.

Sumber : elektrek