Adventure Bike Yang Telah Dikemaskini

Sebagaimana yang diketahui, adventure bike didatangkan dalam pelbagai saiz khususnya di pasaran US dan Eropah, bukan semua adventure bike bersaiz besar. Jentera berkapasiti tinggi tidak bermakna ia boleh pergi jarak jauh. Terdapat juga jentera berkapasiti kecil seperti di pasaran Asia dan juga selatan Amerika. Kebanyakan motor ini digunakan untuk suka-suka dan juga sebagai dirt bike.

Baru-baru ini, Honda telah mengemaskini motor adventure entry-level XRE 300 yang lebih berkeupayaan dan jauh lebih baik dari versi sebelumnya. Didatangkan dalam dua varian, XRE Adventure dan XRE Rally, ia dikatakan memberi saingan sengit kepada jentera dual-sport yang lain seperti Royal Enfield Himalayan dan Yamaha XTZ 250.

Jadi, apa yang baru ada pada motosikal yang telah dikemaskini ini?

Ia kini dilengkapi dengan lampu utama dual-LED, perlindungan angin yang cekap, fairing dengan gaya lebih adventure, ekzos tradisional dan juga suspensi long-travel. Ia juga dilengkapi dengan suspensi belakang Pro Link untuk traksi roda belakang lebih cekap. Selain itu, pelana lebih empuk dan juga panel instrumen digital penuh.

Honda XRE 300 ini dikuasakan oleh motor silinder tunggal 291.6cc, menampilkan set up dual-overhead-camshaft dan penyejukan cecair. Motor ini lebih dari mampu menahan suhu tinggi dan iklim tropika seperti di Selatan Amerika. Harganya pula bermula dari $3,933 USD bersamaan dengan (RM138,972.78).

Sumber : Rideapart