Ada Gaya Motosikal Supersport Tetapi Tiada Kualiti Dan Prestasi Yang Sepatutnya Ada!


Sebelum ini, bermacam-macam model terkenal yang telah diklong oleh pengeluar motosikal dari China. Antaranya Dayun Chi 302 yang mirip Kawasaki Z1000 dan Honda Africa Twin yang sama seperti Dahaidao 500 GS-ADV. Nampaknya, jenama China teragak-agak ‘meminjam’ model pesaingnya yang memang cukup terkenal di pasaran antarabangsa.

Terbaharu adalah motor yang dikatakan diilhamkan dari model Yamaha YZF-R6 yang dikeluarkan oleh Huaying. Model ini bukan sahaja mengambil elemen rekaan yang dikenali dengan motor Yamaha, malah turut mengambil logo serta tulisan dari katalog Yamaha. Pengeluar motor dari China ini turut menggunakan nombor ikonik Valentino Rossi 46, jenama Monster Energy serta grafik Honda Racing Corporation (HRC). Segala-galanya, Huaying R6 ini seakan diceduk sepenuhnya dari versi Yamaha.

Jika model asal dilengkapi dengan enjin bersesaran 599cc dengan penyejukan cecair, DOHC, Huaying R6 ini menggunakan enjin parallel-twin 500cc yang mudah ditemui di pasaran China. Namun begitu, kuasa yang mampu dihasilkan oleh motor ini tidak didedahkan tetapi dari aspek lain, ia sangat secocok dengan pakej enjin dengan spesifikasi rendah.

Komponen brek dan suspensi yang melengkapi motor ini jauh lebih murah berbanding kelengkapan yang ada pada versi Yamaha. Pemapar LCD dan juga tachometer mirip dengan talaan Yamaha. Menurut portal Rideapart, motor ini dijual pada harga $3,500 (RM14,527.26).

Huaying R6 dengan penampilan supersport tetapi tanpa prestasi atau kualiti yang sepatutnya. Adakah Huaying akan memasarkan motor ini di pasaran luar dari China. Kalau dijual di Malaysia, ada yang nak beli?

Sumber : Rideapart / Motociclismo