Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini mengumumkan warna dan grafik baharu untuk kapcai popularnya, Y15ZR 2020. Model yang juga dikenali sebagai Ysuku dalam kalangan peminatnya itu kini didatangkan dalam empat warna iaitu kelabu, biru, merah dan putih. Ia akan mula berada di pusat pengedar motosikal Yamaha berhampiran anda wbermula November 2020. Setiap pembelian akan dihadiahkan dengan kunci cakera Yamaha bernilai RM100.
Menurut HLYM, harga jualan asas Y15ZR 2020 masih kekal iaitu RM8,168 seunit. Enjin yang mampu menjana kuasa sehingga 18.3hp, naik 3hp berbanding model terdahulu dan tork 13.8Nm itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan. Enjin yang mampu menjana kuasa sehingga 18.3hp, naik 3hp berbanding model terdahulu itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.
Kapcai yang menggunakan jenis kerangka backbone itu dipasang dengan sistem suspensi teleskopik di hadapan dan lengan ayun di belakang. Kedua-dua roda juga dilengkapi brek cakera hidraulik. Kapasiti tangkinya pula ialah 4.2 liter.
Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ