Kini terdapat pelbagai jenis topi keledar di pasaran. Antaranya ialah topi keledar FKR Premio daripada FKR. Topi keledar FKR Premio daripada FKR yang mempunyai Sirim Malaysia yang boleh didapati di seluruh Malaysia. Premio didatangi dengan 4 warna iaitu biru, putih, merah jambu dan turquoise. Penutup atas Topi Keledar FKR Premio juga boleh ditukar-tukar mengikut warna yang dijual secara berasingan. Ini memudahkan penguna untuk menukar penutup atas mengikut citarasa mereka.

En. Nik Hasrul juga merupakan salah satu pengguna Topi Keledar FKR Premio daripada FKR. Beliau telah membeli Topi Keledar FKR Premio di sebuat kedai aksesori motor berdekatan dengan rumah beliau. “Saya ada satu Topi Keledar FKR Premio bewarna biru dan saya juga telah menambah satu penutup atas berwarna merah jambu untuk isteri saya”.

Baginya, membeli topi keledar yang mengikut spefikasi yang telah ditetapkan oleh Sirim Malaysia sangat penting bagi keselamatan dirinya sebagai penguna motosikal setiap hari ke kerja.

“Bagi saya, saya memang akan pilih topi keledar yang selesa dan memenuhi spefikasi yang ditetapkan. Selain itu, topi keledar yang selesa juga dapat mengelakkan kepala saya sakit, jadinya, Topi Keledar FKR Premio ini memang sangat selesa dan tidak membebankan kepala saya” ujar En. Nik Hasrul sambil mengayakan pemakaian Topi Keledar FKR Premio.

“Paling saya suka juga, FKR helmet boleh tambah visor dalaman khas untuk PREMIO. Ia lebih gelap dan sesuai untuk saya pakai ketika pada waktu siang kerana dapat menghindari dari silau cahaya matahari.

En. Nik Hasrul juga menunjukkan pad dibahagian telinga boleh ditanggalkan untuk melaraskan keselesaan pemakai. Tidak dinafikan, hampir kesemua kedai menjual topi keledar daripada jenama FKR.

Ini menunjukkan topi keledar FKR tidak kira jenis FKR Klasik dan FKR PREMIO semakin mendapat tempat di hati pengguna.

“Banyak juga saya syorkan pada kawan-kawan saya untuk dapatkan Topi Keledar FKR Premio dan juga tayar motor daripada FKR yang kini mempunyai pelbagai corak bunga yang baru dan kualiti semakin baik”