Bakal Menjengah Di Pasaran Hujung 2021 Ini?


Pada tahun 2020, Kawasaki telah melakukan overhaul kepada motosikal sport-tourer Ninja 1000SX dan menerima beberapa pembaharuan pada enjin, pemapar TFT baharu, six-axis Bosch IMU dan teknologi ride-by-wire. Kini, Kawasaki kembali lagi dengan Ninja 1000SX yang dilengkapi dengan beberapa kemaskini baharu.

Dari sudut prestasinya, Ninja ini dilengkapi dengan ekzos four-into-one baharu, pelana yang tampil lebih sporty. Ninja 1000SX turut dilengkapi dengan tempat duduk yang lebih selesa dengan lebih pelarasan pada windscreen. Tempat isi barang juga lebih besar dengan 56-liter, sesuai untuk penunggang dan pembonceng yang ingin menunggang dengan jarak yang jauh.

Selain itu, Kawasaki juga mengeluarkan beberapa warna baharu dengan Ninja 1000SX 2022 ini iaitu Metallic Diablo Black/Pearl Robotic White, Emerald Blazed Green/ Metallic Diablo Black/Metallic Graphite Gray dan Metallic Matte Graphenesteel Gray/Steel Gray/ Metallic Diablo Black. Kawasaki turut mengubah trim siri ini dengan Tourer dan Performance Tourer bersama varian standard.

Ninja 1000SX 2022 ini dikuasakan oleh enjin inline-four 1,034cc dengan penyejukan cecair, 16-injap, DOHC dan menghasilkan 140hp dan tork 81.9 lb-ft. Beberapa kelengkapan elektronik masih dikekalkan seperti cruise control, traction control, ride modes, ketersambungan telefon pintar dan indikator penunggangan eco.

Setakat hari ini, Kawasaki masih belum mengumumkan model ini atau harganya. Mungkin ia akan berada di pasaran di penghujung 2021 ini.

Sumber : Rideapart