Sesetengah pengeluar motosikal di negara China seperti Zontes, Loncin, Benelli (pemilik di China, motosikal direka dan bangunkan di Itali), CFMoto yang semakin maju dan produk-produk mereka diekspot serta disambut baik.
Namun begitu, terdapat banyak lagi pengeluar motosikal di negara itu dan mungkin rakyat mereka sendiri tidak pernah dengar namanya. Pengeluar-pengeluar ini pula menggunakan motosikal lain sebagai “inspirasi” produk mereka untuk mempopularkan keluaran mereka, mahupun sebagai jalan pintas untuk mencepatkan R&D. Dalam bahasa yang kasar, mereka “menciplak” rekaan motosikal lain.
Sebagai nota kepada para pembaca, bukan senang untuk sesebuah pembuat di luar negara China untuk menyaman pengeluar di negara tersebut disebabkan oleh peraturan hakcipta yang agak lemah. Piaggio pernah menyaman Zhejian Zhongneng tetapi hanya memenangi kes tersebut setelah 5 tahun. Itu pun di mahkamah Eropah.
Pernah dengar nama Xianglong? Kami pun tidak pernah sebelum ini. Apa yang membuatkan motosikal ini lebih digeramkan ialah kerana ia menggunakan rekabentuk sebuat motosikal yang baharu sahaja ditunjukkan konsepnya, iaitu TVS Zeppelin. Model Zeppelin masih di dalam peringkan R&D tetapi Xianglong telah membuat motosikal mereka sendiri dengan menggunakan rekabentuk Zeppelin.
Motosikal ini seperti sebuah Ducati Panigale mini dengan sekali pandang. Ia siap dengan lampu hadapan serta coverset, apatah lagi sistem ekzos, lengan ayun sebelah, fork warna emas terbalik yang mirip Panigale. Ia seakan menciplak Ducati Panigale V4 sebulat-bulatnya.
Kami rasa anda sudah tahu akan apakah motosikal yang ditiru oleh model. Ini meniru hampir semua ciri rekabentuk Yamaha YZF-R6 tetapi menggunakan roda skuter.
Bentuk Vespa merupakan sesuatu yang tidak ditelan zaman dan bentuk pengadang angin bahagian depan itu juga menjadi inspirasi bagi semua kapcai. Tetapi terdapat sangat ramai pembuat motosikal di negara China yang meniru bentuk Vespa Primavera sekarang.
Piaggio juga mengeluarkan satu model skuter yang beroda tiga yang dipanggil MP3. Yiben pula membuat model YB250 ZKT yang ditiru daripada MP3. Apabila Yiben cuba memperkenalkan model mereka di pameran motosikal EICMA 2019, Piaggio membual aduan kepada pengelola pertunjukkan tersebut dan Yiben diusir.
Walaupun model ini memberikan prestasi yang lebih kurang seperti model Kawasaki Ninja 400, rekabentuknya meniru model Ninja ZX-10R SE. Malah, komponen-komponen lain juga ditiru termasuklah brek depan dwi-cakera, fork jenis terbalik dengan fungsi Big Piston, kerangka serta lengan ayun.
Model Himalaya merupakan sebuah motosikal adventure yang senang dibawa dan tidak banyak karenah. Hanway G30 pula meniru gaya Royal Enfield Himalaya dengan enjin satu silindernya yang sendiri tetapi juga mempunyai ciri-ciri yang lebih tinggi spesifikasinya seperti skrin TFT (seperti yang dipakai oleh KTM Duke), lampu LED serta fork jenis terbalik.
Seperti yang kami wawarkan sebelum ini, model BMW S 1000 RR merupakan sebuah motosikal pujaan ramai daripada segi prestasi, rekabentuk, kesenangan untuk ditunggang, serta ia sebuah BMW. Jadi tidak hairanlah jika ia juga ditiru oleh pembuat negara China. Tetapi model ini hanya mempunyai enjin 450cc. Lambangnya pula diubah untuk menunjukkan kipas kecil berbanding dengan kipas kapalterbang BMW.
9. Dragon
Kami pernah terjumpa motosikal ini di Thailand. Beleklah punya belek, kami ingatkan ada orang Thai yang “meng-custom” motosikal Ducati Monster untuk menggunakan roda skuter dan saiz seperti Honda MSX125. Rupa-rupanya ia motosikal Dragon yang ditiru daripada Ducati Monster – siap dengan lampu hadapan, kerangka keluli jenis “trellis” serta ekzos paras tinggi.
Penulis ini terjumpa motosikal ini ketika melawat negara China. Pada mulanya dia berfikir ramai juga yang boleh membeli model Honda CRF1000L Africa Twin di negara ini. Akhirnya dia terasa amat bodoh apabila dapat melihat motosikal Dahaidao ini dengan lebih dekat lagi. Ia sebenarnya klon Africa Twin tetapi dengan tangki petrol yang diletakkan di bawah tempat duduk seperti BMW F 800 GS. Namun, kerangka, enjin, rekabentuk, fork, tangki, pelana duduk, semuanya kelihatan sama. Persoalannya, kenapakah pengeluar ini tidak bina motosikal sendiri sahaja memandangkan mereka punyai tahap kejuruteraan yang begitu tinggi?